in ,

Resepi Roti Jala Dengan Kuah Kuzi Ayam

Resepi Roti Jala Dengan Kuah Kuzi Ayam

Teringin nak makan kuzi ayam punya pasal, kita masak. Lebih sedap makan dengan roti jala. Lagi best roti Jala lembut je walaupun dah lewat petang.

Resepi Roti Jala

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air biasa)
Sedikit pewarna kuning atau boleh gantikan dengan serbuk kunyit. (saya guna 1 sudu kecil serbuk kunyit).

Cara Membuat:

Blendkan kesemua bahan di atas sehingga sebati. If nak tahu adunan dah okay atau tak, try tuang satu senduk adunan dalam acuan atau bekas lain, adunan tepung dia tak putus2. Kalau putus2, tambahkan tepung je.

Resepi Kuzi Ayam

Bahan-bahan untuk gulai:

4-6 ketul ayam (untuk 2 org makan)
1 biji bawang merah
8 biji bawang kecil – Bawang merah dan bawang kecil dimayang nipis dan goreng garing dan diblend kasar (Saya guna banyak bawang kecil sebab sedap)
Sedikit safron* (saya tak guna sebab tak ada)
3 sudu besar tomato puree (sebab kt rumah tak ada sos tomato)
1/2 tin susu cair atau lebih (saya guna Dairy Champ)
Minyak sapi untuk menumis
Sedikit minyak masak
2 camca besar rempah kuzi (saya beli online rempah ni)
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih)
Buah kismis – goreng sekejap
kacang gajus – goreng garing
Garam & gula secukup rasa

Bahan untuk perap ayam:

6 biji bawang putih*
1/4 inci halia*
Sedikit Safron* (saya tak letak sebab tak ada)
2 camca besar cuka
Sedikit garam
(Blendkan bahan bertanda*)

Cara Membuat:

1. Blend bahan perapan ayam yg bertanda* dan perap ayam bersama bahan blend, cuka & sedikit garam. Bahan yg diblend tadi saya tinggalkan sedikit untuk menumis.

2. Panaskan minyak sapi dicampur sedikit minyak dan goreng bawang kecil dan bawang merah sehingga garing, goreng kacang gajus selepas itu goreng kismis. (Kesemua digoreng berasingan)

3. Goreng ayam yang dah diperap tadi setengah masak. Toskan.

4. Gunakan minyak yang sama, tumiskan bahan yg dah diblend (separuh dari untuk perap ayam tadi), rempah kuzi yg telah dicampurkan dengan sedikit air & dijadikan pes. Tumis rempah kuzi biarkan rempah betul-betul masak naik minyak baru masukkan puree tomato di ikuti susu cair & air.

5. Kacau biar sebati. Masukkan kismis dan kacang gajus yg telah digoreng tadi. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masukkan bawang kecil dan bawang besar yang telah dimayang halus, diblend kasar & digoreng. Masukkan air tambahan jika perlu, garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api dan hidangkan dengan roti jala atau nasi.

Resepi Oleh: Fara Zamri