Resipi Makaroni Goreng

0

Resipi Makaroni Goreng

Bahan-Bahan:

2 cawan makaroni
1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu
1 biji buah tomato dipotong dadu
1 mangkuk kecil daging dipotong kecil
1/2 tin sos prego tradisional
Sayur – Karrot, batang celery, capsicum
2 sb lada hitam
2 sb mixed herbs
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara Memasak:

1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1sb minyak. Celur makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.

2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang bersama buah tomato hingga layu.

3. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk.

4. Masukkan sos prego bersama garam dan gula, kacau hingga didih.

5. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata. Akhir sekali masukkan sayur. Biar sebentar. Siap untuk dihidangkan.

Kalau tak suka makaroni goreng, boleh cuba Resepi Makaroni Sos Daging. Pasti seddap!

Resepi Oleh: Jendela Dapur Surianti

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.