Resepi Wanton Berinti Ketam

0

Resepi Wanton Berinti Ketam

Bahan-Bahan:

300gm isi ketam
1 biji bawang besar – dipotong dadu kecil
1 tangkai daun sup – dipotong halus
8 biji chestnut – SengKuang kecil – dipotong dadu kecil
1 paket kulit wanton
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung – digaulkan dengan air suam
Minyak untuk mengoreng
Sos kicap pekat manis sebagai cecahnya

Cara Membuat:

1. Potong isi ketam kecil-kecil, letakan dimangkuk yang besar, letakan garam, daun sup, dan sengkuang.

2. Ambil sekeping kulit wanton, letakan sesudu kecil isi ketam mix ditengah-tengah kulit wanton. Letakan air tepung jagung sebagai pelekat di hujung kulit wantonnya.

3. Kemudian, balut lah kulit menjadi 3 segi atau kantung kecil, ikut citarasa masing. Buatlah lipatan wanton hingga habis adunannya (Isi wanton jangan letak terlalu banyak).

4. Sediakan kuali dan letakan minyak secukup untuk ‘Deep Fry’. Letakan wontan bila minyak dah betul-betul panas.

5. Angkat bila ia berwarna keemasan. Sajikan bersama sos kicap manis bersama juadah lain.

Resepi Oleh: Chef Joha Hassan

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.