Resepi Udang Goreng Butter Telur Masin

0

Resepi Udang Goreng Butter Telur Masin

Bahan-Bahan:

500 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak
3-5 sudu besar butter
6 ulas bawang putih – di cincang
15 biji cili padi ~ dihiris serong
4 tangkai daun kari
2 biji telur masin ~ direbus & hancur
2 sudu kecil gula
10 sudu besar susu cair/susu segar
1 sudu kecil tepung jagung

Cara Memasak:

1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.

2. Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).

4. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.

5. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin).

6. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya.

7. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.