in

Resepi Tuna Pasta Bake

Bekal anak ke sekolah: Tuna Pasta Bake dengan sayuran kukus dan buah-buahan.

Bahan-Bahan:

200 gm pasta direbus dengan sedikit garam dan sesudu minyak zaitun.
1 camca besar butter
1 camca besar tepung
2 cawan susu
Segenggam keju parmiggiano reggiano / parmesan
Sedikit keju cheddar parut.
1 tin tuna
Sedikit Italian parsley
Garam dan Black pepper
Segenggam keju mozzarella

Caranya:

1. Masak tepung dalam mentega cair dalam seminit dua (api perlahan). Tambahkan susu 1/2 cawan, kacau jangan berbintil.

2. Masukkan selebih susu. Kacau hingga ia memekat. Masukkan keju parmiggiano dan cheddar, garam dan pepper. Rasa.

3. Masukkan tuna yang sudah ditoskan. Masukkan Italian parsley. Masukkan pasta yang sudah direbus. Gaulkan.

4. Masukkan ramuan pasta ke dalam mangkuk tahan panas dan tabur segenggam cheese mozzarella. Bakar dalam oven 180C hingga kekuningan.

5. Sejukkan sebentar sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Ida Alina Salih yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Ida Alina Salleh.