in ,

Resepi Sup Kambing ala Mamak

Resepi Sup Kambing ala Mamak

Bahan-Bahan:

Tulang kambing 7 ketul
Kentang 2 biji
Carrot 1 biji
Salary 1 batang
Tomato 1 biji
Rempah Sup mak siti 3sb
Rempah Sup Adabi 3sb
Gula melaka – agak2
Garam secukup rasa
Minyak Zaiton 4sb
Limau nipis 2 biji – perah
Rempah 4 sekawan – agak2
Serai 2 batang – ketuk
Daun pandan 1 – ikat

Bahan Tumbuk –

Bawang merah 4 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2 inci

– Hiris dulu pastu tumbuk, jangan lumat sangat k.

Cara Menyediakan:

1. Basuh tulang kambing, rebus sampai lembut. Lebih kurang 2 jam camtu k.

2. Bila daging dah lembut, panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah 4 sekawan, masukkan serai, dan daun pandan.

3. Kemudian masukkan Bahan tumbuk, tumis sampai wangi. Kemudian masukkan rempah sup yang dah dibancuh air panas terlebih dulu. Kacau sampai wangi.

4. Kemudian masukkan tomato, ambik sikit air rebusan tulang tadi, kacau-kacau. Curahkan semua bahan tumis ke dalam rebusan tulang.

5. Kemudian masukkan kentang, carrot, salary, gula melaka dan minyak zaitun, kecikkan api. Renehkan sup selama 1/2 jam.

6. Akhir sekali perahkan limau nipis, masukkan garam, taburkan daun sup dan bawang goreng. Renehkan lagi sup selama 10 minit. Siap.

Resepi Oleh: Atie Jumaat