Resepi Sup Ayam Kukus

0

Resepi Sup Ayam Kukus

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam sederhana besar – anggaran 1 kg
Garam secukup rasa
Secubit gula
1 camca teh madu
1 pokok kecik daun ketumbar – hiris

Bahan Kisar –

2 batang serai – hiris
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca besar lada hitam biji
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

Hiasan –

Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara Memasak:

1. Ayam dibersihkan dan kerat 2, cucuk dengan garfu. Letak dalam satu bekas.

2. Masukkan bahan kisar halus, madu, garam secukup rasa dan hirisan daun ketumbar, gaul rata pada semua bahagian ayam. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman.

3. Panaskan pengukus, letak jaring atas mangkuk tahan panas. Letak ayam tadi atas jaringan. Sapu baki-baki bahan perap atas ayam. Kukus selama 35 minit. Periksa ayam, jika isi kelihatan putih, tanda ayam sudah masak.

4. Keluarkan ayam dan potong kepada saiz yang anda suka. Letak dalam bekas. Stok ayam yang terhasil tadi, ditapis dan tuang atas ayam tadi. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Hidangkan.

Resepi Sup Ayam Kukus

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This