Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

0

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

Bahan-Bahan: (5-6 Hidangan)

500g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam

Cara Memasak:

1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Simpan air rebusan seafood ini.

2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.

3. Masukkan serbuk oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.

4. Masukkan spaghetti dan seafood yang telah direbus tadi. Kacau hingga sekata.

5. Siap untuk dihidangkan.

SONY DSC

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.