Resepi Sotong Sumbat Telur

0

Resepi Sotong Sumbat Telur

Bahan-Bahan & Cara Membuat:

Inti Sumbat –

2 biji telur ayam
carrot (dicincang)
sosej (dicincang)
secubit garam
minyak untuk menggoreng

Cara Buat Inti –

Campurkan semua bahan dan goreng hancur. Tapi biarkan telur tu agak keras sikit baru hancurkan ye.

Sambal Sotong –

3 ekor sotong (sederhana)
1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok/dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang merah (dipotong bulat-bulat)
2 sudu cili sos
minyak untuk menumis
3 batang pencungkil gigi/lidi
sedikit air asam jawa
garam & gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencungkil gigi/lidi.

2. Kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau.

3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak. Masukan cili sos.

4. Kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih.

5. Masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa.

6. Masukan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. bila dah masak boleh la hidangkan.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.