Resepi Sotong Masak Kicap Berlada

0

Resepi Sotong Masak Kicap Berlada

Bahan-Bahan:

2kg sotong – siang dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3 sudu cili kisar
Kicap cap kipas udang – yang manis
Serbuk perasa – jika suka

Cara Memasak:

1. Rebus sotong, jangan terlalu lama nanti liat, angkat dan toskan.

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah ditumbuk, masuk bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau, masukkan cili kisar.

4. Kemudian baru masukkan sotong, bawang besar dan cili hijau. Masukkan kicap, tambah sedikit serbuk perasa jika suka. Tutup api, sedia untuk dihidangkan.

Lagi Resepi Menarik:

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.