Resepi Snek Mars Bar

0

Resepi Snek Mars Bar

Bahan-Bahan:

2 bar coklat Mars – standard size 53g
2 sudu besar golden syrup
65 gm mentega
2 cawan rice krispies
1 cawan cornflakes – diramas kasar
400 gm coklat masakan atau secukupnya

Cara Membuat:

1. Coklat mars dipotong kecil-kecil. Satukan coklat mars, golden syrup dan mentega di dalam periuk kecil.

2. Cairkan campuran tadi secara double boiler. Kacau hingga rata. Masukkan rice krispies dan cornflakes. Gaul sehingga rata.

3. Sediakan bekas aluminium yang kecil secukupnya. Tidak perlu digris.

4. Sudukan adunan tadi ke dalam bekas dan tekan2 sehingga padat dan rata. Buat sehingga siap. Ketepikan.

5. Kemudian cairkan coklat masakan secara double boiler. Selepas itu tuangkan coklat ke atas krispies tadi.

6. Jika suka, hiaskan atasnya mengikuti kreativiti sendiri atau boleh juga dibiarkan kosong.

7. Bekukan di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.

Resepi Snek Mars Bar

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This