Resepi Semperit Warisan Bonda

0

Resepi Semperit Warisan Bonda

Bahan-Bahan:

250 gm mentega
1/2 cawan gula (diblend halus)
1 biji kuning telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
2 cawan tepung jagung
Ceri yang dipotong/chocolate chip.
Saya guna acuan samperit pecah 13. Lagi banyak pecah lagi cantik.

Cara Membuat:

1. Gaul gula halus dan mentega sampai sebati guna senduk kayu je. Tak perlu kembang sangat.

2. Masukkan kuning telur. Gaul lagi.

3. Ayak & masukkan tepung ke dalam adunan dan gaul sebati.

4. Uli gunakan tangan hingga doh tidak melekat di tangan. Kalau masih melekat, tambah tepung jagung sedikit demi sedikit.

5. Terap acuan, hiaskan dengan chocolate chip/ceri.

6. Bakar adunan 170° api atas bawah 15 minit (ikut oven masing-masing).

Resepi Oleh: Farizal Radzali

NAK LAGI RESEPI BISKUT RAYA? DOWNLOAD APLIKASI ANDROID RESEPI BISKUT RAYA

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.