Resepi Sambal Tumis Sotong

0

Resepi Sambal Tumis Sotong

Bahan-Bahan:

500 gram sotong
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk cili kisar:

15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
1 inci halia
1 biji bawang besar

Cara Membuat:

1. Bersihkan sotong dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.

3. Masukkan cili kisar dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak.

3. Selalu kacau kuah sambal supaya bahagian bawah tidak berkerak dan hangit.

4. Masukkan sotong, sos tiram, dan air asam jawa. Kacau dan biarkan sehingga sotong masak.

5. Apabila kuah sudah menjadi pekat, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

sambal-tumis-sotong

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Leave A Reply

Share This