Resepi Sambal Tauhu Goreng

0

Resepi Sambal Tauhu Goreng

Bahan-Bahan:

4 keping tauhu – dipotong dua (potongan segitiga)
3 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar – dihiris kasar
2 senduk nasi cili kering kisar
1 biji bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
Sedikit air (sekiranya perlu)
Minyak secukupnya untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Tauhu dibasuh dan digoreng sehingga kekuningan. Ketepikan.

2. Panaskan minyak di dalam periuk/kuali. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak. Gunakan api kecil dan rajin gaul.

3. Setelah cili masak, masukkan gula, kacau rata supaya sambal berkilat dan bwarna merah cantik.

4. Kemudian baru masukkan sos cili dan garam. Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat. Masak sehingga kuah mendidih.

5. Setelah cukup rasanya, masukkan tauhu goreng tadi dan kacau rata. Biar ia mereneh di atas dapur sekejap.

6. Kemudian, masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau bagi sebati dan bolehlah ditutup api. Hidangkan.

Resepi Oleh: Juma Natull – MAHN

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.