in

Resepi Sambal Sotong

Resepi Sambal Sotong

Bahan-Bahan:

1/2 kg sotong sederhana besar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
2 batang serai dititik
3 biji bawang besar dimayang
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukupnya

Cara Memasak:

1. Bersihkan sotong dan rebus dalam air mendidih selama beberapa minit. Kemudian angkat dan toskan.

2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih beserta cili kering yang telah dikisar tadi hingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam, gula secukupnya.

4. Masukkan sotong yang telah direbus tadi dan kacau hingga sebati. Hidangkan.