Resepi Royal Pineapple Cheese Tart

0

Resepi Royal Pineapple Cheese Tart

Bahan-Bahan:

Tepung gandum 350grm (anggaran)
Buttercup 250grm
2sb tepung kastad
2 sb tepung jagung
6 sb Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) kalau nak letak lebih pun boleh
Sedikit garam halus
1 biji kuning telur
Jem nenas secukupnya

Cara Membuat:

1. Satukan Buttercup cream cheese dan garam. Masukkan kuning telur kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung.

2. Uli bahan hingga sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.

3. Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biasa. Bila hendak dibakar, sapukan kuning telur yang telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.

4. Bakar dalam suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25 minit hingga 30 minit mengunakan api atas bawah.

Resepi Oleh: ‎Anida Azmi – MAHN

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.