Resepi Roti Goreng Rangup

0

Resepi Roti Goreng Rangup

Bahan-Bahan:

8 keping roti
Serikaya (Secukupnya)
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula
Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air (guna whisk lebih mudah) warnakan kuning dan ketepikan.

2. Ambil 2 keping roti dan sapukan dengan serikaya, apitkan dan potong mengikut citarasa. Nak cantik, buang kerak tepi pun boleh.

3. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.

4. Celupkan roti tadi ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. Hidangkan.

Resepi-Roti-Goreng-Rangup

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This