Resepi Rendang Daging

0

Resepi Rendang Daging

Bahan-Bahan:

Bawang Merah/Putih (kisar)
Cili kering (kisar)
Kunyit Hidup (kisar)
Halia (kisar)
Lengkuas (kisar)
Jintan halus (kisar)
Bunga lawang/kayu Manis
Kerisek
Santan cair (1biji kelapa)
Daun kunyit /Daun limau purut (hiris)
Daging Batang Pinang
1 batang serai (ketuk)

Cara Memasak:

1. Kisar bawang putih, merah, cili kering, halia, lengkuas, jintan halus, kunyit hidup/serbuk knyit, dan cili padi (optional).

2. Panaskan minyak, tuang bahan kisar tadi semua ke dalam kuali. Masukkan serai, kayu manis, dan bunga lawang. Tumis sampai pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan 1 kg daging batang pinang. Bila dah pekat tambah sikit air dalam 1 cawan, baru masukkan kerisek.

4. Masukkan santan, seterusnya masukkan garam dan biarkan dia masak.

5. Akhir skali, masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau. Masak sehingga kering, jika nak berkuah tambah lagi air dan adjust rasa. Siap!

Resepi ni takde anggaran yang tepat untuk berapa biji bawang, berapa sukatan cili, memandangkan saya masak hanya main agak-agak dan campak sahaja ikut rasa. Saya hanya berikan bahan-bahan utama dalam memasak rendang sahaja.

Resepi Oleh : Tengku Roselyza Raja Muhammad – MAHN

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.