Resepi Puding Tiramisu

0

Resepi Puding Tiramisu

Bahan-Bahan:

3 tin susu cair
1 tin susu pekat
12 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
1 paket biskut Cream Cracker
Secubit garam
Serbuk koko/ Milo
Chocolate rice

Cara Membuat:

1. Satukan semua susu cair dan tepung kastard dalam periuk. Kacau hingga rata.

2. Masukkan susu pekat, kalau mahu manis habiskan satu tin susu. Campur air lalu kacau.

3. Tabur secubit garam kemudian barulah diletakkan di atas dapur. Masak menggunakan api yang
perlahan.

4. Masak bancuhan tadi sampai likat. Ketepikan. Sementara itu hancurkan biskut dan letak dalam bekas atau loyang.

5. Tuang bancuhan yang dimasak tadi diatasnya kemudian tabur serbuk koko atau Milo.

6. Ulang proses tadi hingga jadi dua lapisan. Lapisan atas sekali bolehlah dihiaskan dengan buah jika suka.

7. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang. Boleh cuba juga Resepi Tiramisu Mocha.

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.