Resepi Puding Sumi Selasih

0

Resepi Puding Sumi Selasih

Bahan A:

Separuh agar-agar bertali yang 20gm
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 paket sumi/jelly
2 sudu besar biji selasih – Rendam dengan air panas bagi kembang

Cara Menyediakan:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan Kacau sehingga gula larut.

2. Masukkan biji selasih dalam agar-agar. Kacau lagi hingga batikan. Tutup api.

3. Sediakan loyang 8×8. Susun kesemua sumi/jelly dalam loyang. Tuang perlahan-lahan agar-agar atas sumi/jelly sehingga habis adunan agar-agar. Biarkan sederhana beku.

Bahan B:

Separuh agar-agar bertali yang lebih tadi
1 1/2 air
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
Secubit garam
Pewarna peach/ikut suka

Cara Menyediakan:

1. Masak agar-agar bertali dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga rata.

2. Masukkan susu cair, kacau bahan dan bubuh secubit garam. Kacau lagi hingga sebati.

3. Last bubuh pewarna yang di sukai. Kacau supaya sebati. Agak-agak nak mendidih, tutup api.

4. Tuang agar-agar berwarna atas agar-agar sumi/jelly perlahan-lahan sehingga habis adunan.

5. Biarkan beku/sejuk seketika. Kemudian simpan dalam peti sejuk dalam 3-4 jam.

6. Bila dah sejuk, keluarkan. Cuba terbalikkan loyang untuk mengeluarkan puding perlahan-lahan atas alas yang rata. Potong ikut suka, hidangkan.

Anda juga boleh cuba resepi puding yang lain seperti puding sumi atau puding buah peach.

Resepi Oleh: Zura Zul

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.