Resepi Puding Selasih

0

Resepi Puding Selasih

Bahan-Bahan dan Cara Membuat:

Lapisan Bawah:

Bahan-Bahan –

1/2 peket serbuk agar-agar 10g – 11g
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula – Nak manis tambah gula lagi
Secubit garam halus

Cara Membuat –

1. Masak air, serbuk agar2 dan gula hingga larut gula.

2. Tuang susu cair dan kemudian masuk secubit halus. Kacau sebati.

3. Masak hingga mendidih, tutup api. Tapis dan tuang dalam loyang atau acuan yang di basahkan dengan air. Biarkan ia mengeras.

Lapisan Atas:

Bahan-Bahan –

1/2 peket serbuk agar-agar 10g – 11g yang berbaki tadi
3 cawan air
3/4 cawan gula – Boleh kurangkan sedikit gula
3 sudu besar biji selasih
2 sudu besar pati sirap ros – Nak warna pekat lagi boleh tambah
4 helai daun pandan – Simpulkan
Secubit garam halus

Cara Membuat –

1. Sebelum tu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi kembang).

2. Didihkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tuang pati sirap ros, Kacau-kacau rata Masukkan daun pandan dan secubit garam.

3. Biarkan mendidih sekejap. Tutup api, tapis dan tuang dalam bekas biji selasih. Kacau sebati.

4. Sebelum tuang, cakar-cakarkan dulu permukaan agar-agar tadi.

5. Baru tuang agar-agar selasih di atasnya. Biarkan mengeras. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam lebih.

6. Sedia untuk dipotong dan dihidangkan. Selamat Mencuba.

Resepi Oleh: Zura zul dari FB MAHN

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.