Resepi Puding Roti Epal

0

Resepi Puding Roti Epal

Bahan-Bahan:

6 keping roti sandwich
4 sudu teh marjerin
4 sudu makan coklat cip
4 biji buah epal hijau – dipotong dadu
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 cawan susu segar
2 biji telur gred A
2 susu teh gula

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar anda pada suhu 180°C.

2. Masukkan roti yg telah dicarik tadi ke dalam mangkuk sederhana bersama marjerin dan gaulkan sebati.

3. Sapukan sedikit marjerin pada lapisan bawahnya dan susunkan sebahagian roti tadi dalam loyang sebagai lapisan pertama.

4. Kemudian, untuk lapisan kedua, susunkan pula buah epal dan taburkan kismis hitam diatasnya.

5. Setelah itu, susun sebahagian lagi roti tadi diatas permukaan buah epal tadi sebagai lapisan ketiga.

6. Dalam mangkuk berlainan, campurkan susu segar, gula dan telur dan kacau hingga kembang dan sebati.

7. Tuangkan ke atas lapisan roti tadi. Taburkan coklat chip. Bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit. Hidangkan.

Resepi Puding Roti Epal

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This