Resepi Puding Roti Crackers

0

Resepi Puding Roti Crackers

Bahan-Bahan:

8 keping biskut tawar
4 keping roti sandwich
3 biji telur gread B
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis – boleh tambah jika suka manis
2 sb serbuk koko
Sedikit Esen vanilla
Pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan dalam blender kecuali serbuk koko dan pewarna kuning. Mesin halus.

2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian tambah serbuk koko dan kacau rata dan 2 bahagian lagi tambah sedikit pewarna kuning.

3. Kukus 1 bahagian warna kuning dulu selama 15 minit atau sehingga masak.

4. Dah masak, gariskan permukaan puding dengan lidi, tuang adunan koko tadi, kukus lagi. Lakukan pekara yang sama untuk lapisan seterusnya.

5. Bila dah masak keseluruhannya, angkat dan sejukkan. Hidangkan.

Puding Roti Crackers

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This