in

Resepi Puding Raja

Resepi Puding Raja

Bahan Jala Emas:

Telor itik 7 biji – kuning saja
Gula pasir 2 cawan
Air 1 cawan
Daun pandai 1 helai – ikat

Cara Buat:

1. Ambik betul-betul telor kuning, jangan ada sikit pun telor putih. Sebab nanti berketul-ketul jadi tak cantik. Pukul sebati pastu masukkan dalam acuan roti jala.

2. Satukan gula air dan daun pandan, masak sampai mendidih. Bila dah berbuih buang daun pandan.

3. Picit botol pastu pusing-pusingkan dekat kuali tu macam buat roti jala, dalam 5 saat angkat dengan kayu atau garpu telor tu, terus letak dalam penapis dan toskan.

4. Buatlah sampai habis telor tu. Kalau gula jadi pekat, tambah air panas. Teruskan lagi.

Bahan Kastard:

Susu cair 1 tin
Kuning telor 2 biji
Air 1/2 cawan
Gula 2sb
Tepung kastard 1sb
Daun pandan 1 helai – ikat

Cara Buat:

1. Campurkan semua bahan, ramas-ramas tepung kastard jangan kasi bergentel.

2. Masak dengan api yang perlahan, kacau je jangan stop. Bila dah mendidih terus angkat, terus curah ke dalam bekas yang dah ada pisang. Pisang tu goreng dulu taw!

3. Kemudian, taruk jala emas, taburkan cherry merah/hijau, buah prune, gajus (goreng). Akhir sekali simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap!.

Resepi Oleh: Atie Jumaat