in

Resepi Puding Milo Cheese

Resepi Puding Milo Cheese

Bahan Adunan Cheese:

1 sb agar-agar serbuk
1/2 cawan gula
5 keping keju
300ml air
1 tin susu cair

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar bersama 300ml air. Dalam bekas lain cairkan keju bersama susu cair menggunakan api perlahan.

2. Apabila agar-agar sudah larut masukkan gula. Masukkan juga adunan keju tadi.

3. Kacau sebentar. Padamkan api. Tuang atas adunan milo.

Bahan Adunan Milo:

2 sb agar-agar serbuk
1 1/2 cawan milo
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
400ml santan pekat
1 liter air

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar bersama 1 liter air. Apabila agar-agar sudah larut, masukkan santan, milo, gula dan susu pekat. Masak api perlahan.

2. Setelah adunan mendidih tutup api dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

3. Satu bahagian dituang ke dalam loyang, apabila permukaan atas menjadi sedikit mengeras, perlahan-lahan tuangkan adunan keju.

4. Ulang cara yang sama pada baki adunan milo tadi. Pastikan adunan milo panas supaya dapat melekat dengan adunan cheese. Nak cantik boleh buat selang-seli atau marble.