Resepi Puding Biskut Jejari Coklat

0

Resepi Puding Biskut Jejari Coklat

Bahan-Bahan:

Biskut jejari
20gm agar-agar bertali
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair.. Sukat 2 cawan..
5 sudu besar tepung kastard.. Bancuh dulu dgn sedikit air
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar milo
Secubit garam
Pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Masak air dengan agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula larut.

2. Dengan api yang sederhana, masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau rata.

3. Kemudian, masukkan tepung kastard. Kacau dengan cepat bagi rata, kalau tidak tepung kastard akan berketul-ketul. Bubuh secubit garam, kacaukan dan perlahankan api.

4. Basahkan loyang 8×8, susun biskut jejari dalam loyang tu hingga penuh bahagian bawah loyang.

5. Ambil 3 1/2 cawan agar-agar dalam periuk tadi dan tuang ke dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo, kacau lagi hingga sebati.

6. Ambil dalam 1 cawan adunan agar-agar coklat tadi, tuang perlahan-lahan atas biskut jejari. Ratakan coklat tu dan biarkan sedikit beku.

7. Susun lagi biskut jejari hingga penuh loyang. Seperti biasa, tuang 1 cawan lagi agar-agar coklat. Biarkan sederhana beku. Step ke-3 sama juga cara dia, biarkan sederhana beku.

8. Lebihan adunan agar-agar dalam periuk tadi, bubuh sedikit pewarna kuning atau warna ikut suka. Tuang perlahan-lahan atas puding jejari tadi. Biarkan beku/sejuk.

9. Simpan dalam peti sejuk 4-5 jam, keluarkan. Guna pisau plastik untuk cuba keluarkan puding. Telangkupkan atas alas yang rata, sedia untuk dipotong. Makan sejuk-sejuk sedap.

Resepi Oleh: Zura Zul

Lagi Resepi Menarik:

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.