Resepi Popia Ayam Cendawan Bercheese

0

Resepi Popia Ayam Cendawan Bercheese

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 labu bawang holand (potong cincang)
5 ulas bawang putih
1 sdb lada hitam (tumbuk halus)
1 batang carrot (potong dadu)

Bahan B –

1 bungkus kulit popia (50 keping)
1 bungkus ayam cincang (ramly) atau
1 mangkuk daging ayam yang di potong cincang
1 bungkus sosej ayam (potong kecil-kecil)
1 bungkus cheese (6 keping)
1 tin cendawan (potong racik)
1 tin champmbells cream (cendawan atau ayam)
1 bj telor atau 1 cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
1 kiub ayam dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, bubuh garam dan dan kiub ayam sekali.

2. Bila dah masak, masukkan cendawan dan charambells cream. Last sekali, masukkan cheese dan kacau sebati. Dah boleh tutup api, masukkan dalam bekas bila dah sejuk.

Cara Membungkus Popia –

1. Sediakan kepingan kulit popia, bentang kat atas pelapik atau dulang.

2. Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia tu dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum.

3. Ulang sampai habis. Panaskan minyak goreng sampai keperangan, bolehlah angkat dan toskan. Hidangkan.

Resepi Oleh: Radia Tussoleha dari FB Group MAHN

Lagi Resepi Menarik:

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.