Resepi Pie Tee Rangup

0

Resepi Pie Tee Rangup

Bahan-Bahan:

Bahan Kulit –

60 gm tepung beras
20 gm tepung gandum
10 gm tepung ubi
Garam secukupnya
1 butir telur Gred C – dipukul sedikit
240-250 ml air
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti –

1 sudu besar minyak
4 ulas bawang merah – di cincang halus
80 gm isi udang – di cincang
200 gm hirisan lobak merah
300 gm hirisan kubis
1 sudu teh kicap cair
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Bahan Sos –

3 biji cili merah – dibuang biji
1 ulas bawang putih – di cincang halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar cuka
60 ml air masak
Gula, garam secukupnya

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk. Masukkan telur dan kacau sebati. Tuangkan air dan kacau lagi hingga sebati.

2. Panaskan acuan dalam minyak. Bila dah panas, angkat dan celup ke dalam adunan tadi dan goreng hingga kuning keemasan.

3. Untuk inti; Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain dan kacau. Angkat dan biarkan sejuk.

4. Bila inti dah sejuk, isikan ke dalam kulit pie tee tadi. Jika inti diletak di dalam kulit terlalu awal, kulit akan menjadi lembik. Letak sebelum dihidangkan.

5. Untuk sos; Kisar semua bahan hingga sebati. Hidangkan bersama pie tee.

resepi-pie-tee

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This