Resepi Pengat Pisang

0

Resepi Pengat Pisang

Bahan-Bahan:

3 biji pisang tanduk
1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dalam 3 minit
Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu

Bahan Kuah –

1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan- di simpulkan

Cara Memasak:

1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus terlalu lama.

2. Sementara itu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah direndamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.

3. Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.

4. Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan. Gaul sebati. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah.

5. Biarkan mendidih seketika. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah dihidangkan.

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.