in

Resepi Pengat Labu Manis

Resepi Pengat Labu Manis

Bahan-Bahan:

1/4 biji labu manis (saiz sederhana)
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula

Cara Membuat:

1. Potong labu bentuk kiub, saiz agak tidak terlalu kecil tidak terlalu besar. Cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul.

2. Masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula. Panaskan.

3. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu. Setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan.

4. Masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk.

Resepi Pengat Labu Manis