in

Resepi Oreo Cheesekut

Resepi Oreo Cheesekut

Bahan-Bahan:

*250g cream cheese
*150ml susu pekat manis (kalau nak lebih manis, boleh tambah lagi)
*200ml susu cair/susu segar (kalau nak lagi sedap boleh guna whipping cream)
3 bungkus saltcheese crackers biscuits
1 bungkus biskut oreo perisa vanilla 370g (ketepikan inti dan blend halus)
Susu cair secukupnya untuk celup saltcheese crackers biscuits

Cara Membuat:

1. Mix semua bahan bertanda * sampai sebati. Sediakan loyang yang sesuai. Lapik dengan aluminium foil atau kertas minyak.

2. Letak sesenduk adunan cheese tadi, ratakan di dalam permukaan loyang.

3. Tabur serbuk oreo tadi, kemudian susun saltcheese crackers biscuits secara rapat sehingga menutupi permukaan loyang. Sebelum tu, celup biskut cheese dengan susu cair terlebih dahulu.

4. Kemudian, letak lagi sesenduk adunan cheese, tabur oreo dan susun biskut cheese. Ulang proses ni sampai habis. Lapisan terakhir ditabur dengan serbuk oreo. Siap.

5. Simpan di dalam peti sejuk sehingga oreo cheesekut keras dan boleh dipotong. Hidangkan.

Resepi Oleh: Eiyjarn Aziean AnGah – MAHN