Resepi Nona Manis Pandan

0

Resepi Nona Manis Pandan

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1/2 Cawan Gula Kastor
1 biji Telur Gred A
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum

Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau) –

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula kastor
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
perisa kelapa pandan emulco
pewarna hijau

Bahan Inti –

1 cawan santan pekat
1 sb tepung gandum
1/2 st garam

Cara Membuat:

Bahan A –

1. Pukul telur hingga kembang. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacaukan.

2. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau lagi sehingga sebati.

Bahagian Luar (Warna Hijau) –

1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.

2. Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.

3. Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat. Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau).

Bahan Inti –

1. Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.

Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan –

1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.

2. Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.

3. Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.

4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik. Kukus bahan hingga 7-8 minit atau hingga masak.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This