Resepi Nona Manis Coklat

0

Resepi Nona Manis Coklat

Bahan-Bahan & Cara Membuat:

Bahan A –

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 biji telur gred A

1. Telur pukul dulu bagi kembang.

2. Masukkan dalam blender bersama santan, gula & tepung. Blend hingga sebati, Ketepikan.

Bahan B –

1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 cawan serbuk koko
Secubit garam

1. Satukan semua bahan, guna whisk kacau bagi rata.

2. Kemudian masak atas api perlahan sehingga agak pekat. Tunggu suam seketika.

3. Bahan A tadi tuang dalam periuk bahan B. Kacau sebati dan tuang ke dalam blender. Blend hingga sebati.

4. Kemudian, Tuang ke dalam jag kecil.

Bahan C –

2 cawan santan pekat/sederhana pekat
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula

1. Campur bagi rata dan tapis. Kemudian masak atas api perlahan sehingga menggelegak & agak likat sedikit. Tutup api, Terus tuang ke dalam botol sos kecil.

2. Acuan lompang disapu dengan minyak. Tuang adunan 3/4 acuan.

3. Kemudian suakan muncung botol sos dalam adunan. Picit/tekan di tengah-tengah adunan coklat sampai naik adunan coklat.

4. Panaskan pengukus sehingga mendidih. Kukus bahan selama 10 minit atau hingga masak.

5. Tunggu hingga sejuk. Guna lidi, cungkil nona manis keluar dari acuan. Hidangkan.

Resepi Oleh: Zura Zul‎

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This