Resepi Nasi Mandhi Ayam

0

Resepi Nasi Mandhi Ayam

Bahan-Bahan:

Bahan Nasi –

2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren

Bahan Disangai dan Dikisar Kering –

1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

Bahan Tumis –

1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang

Caranya Membuat:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.

2. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati. Kemudian, masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.

3. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam ~ belah 4, dikelar-kelar bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar –

3 in halia
2 biji kunyit hidup
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Cara Memasak:

1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 – 3 jam.

2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

Resepi Salad

Bahan-Bahan:

1 – 2 biji tomato*
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya

Cara Membuat: campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya.

Air Asam

Bahan-Bahan:

3 biji cili merah
5 biji cili api
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan

Cara Membuat: campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan.

nasi-mandhi-ayam

Sumber: Denaihati Network

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.