Resepi Nasi Kerabu

0

Resepi Nasi kerabu

Bahan-Bahan:

A. Nasi

Beras
Air
4 helai daun limau purut
1/2 sk pewarna biru

B. Sambal tumis

3 biji bawang besar * dikisar
4 ulas bawang putih * dikisar
1 inch halia * dikisar
2 batang serai * dikisar
2 senduk cili kisar
1 batang serai
1 tin santan
2-3 asam keeping
garam
gula
gula merah/ gula Melaka

C. Sambal Kelapa

Isi ikan direbus (1 ekor ikan kembung)
Kelapa parut goreng tanpa minyak sehingga garing
1 biji bawang besar
2 batang serai
garam
gula

D. Sambal cili

Cili padi
garam
gula
1 biji air perahan limau nipis

E. Lauk nasi kerabu

Ayam atau Ikan goreng kunyit
Daging bakar dihiris nipis
Telur masin direbus
Sayuran kesukaan (kubis, carrot, taugeh, salad)
Solok Lada

Cara Memasak:

A. Nasi

1. Masak nasi ikut sukatan macam biasa terpulang kepada kuantiti berapa pot nak masak.

2. Masukkan daun limau purut dan pewarna biru.

B. Sambal tumis

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai sehingga terbit minyak.

2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan asam keping dan biarkan sekejap.

3. Masukkan garam, gula dan gula merah dan biarkan sebati.

4. Masukkan santan dan kacau sehingga santan dan sambal mesra.

5. Kacau sambal perlahan-lahan dan masak sehingga sedikit pekat.

C. Sambal kelapa

1. Kisar isi ikan yang siap direbus bersama bawang dan serai.

2. Bahan kisar tadi dicampurkan di atas kelapa goreng dan digaul rata.

3. Masukkan garam dan gula dan digaul rata.

D. Sambal cili

1. Kisar/tumbuk cili padi.

2. Campurkan gula, garam dan perahan limau dan dikacau sebati.

Cara Hidangan:

Hidangkan nasi kerabu bersama sambal tumis, sambal kelapa, sambal cili dan lauk pauk seperti telur masin, solok lada, ayam goreng kunyit, daging bakar dan sayuran. Nasi Kerabu sedap dimakan dengan mengaulkan kesemua sambal dan lauk.

nasi-kerabu

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Leave A Reply

Share This