Resepi Nasi Daging Berempah

0

Resepi Nasi Daging Berempah

Bahan-Bahan: ( 8-10 orang )

1 kilo beras – basuh dan toskan
500 g daging – dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang – dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
2 helai daun pandan – disimpul
2 batang serai – dititik
1sb rempah kari daging / kurma – saya pakai 1 bungkus kecil

Bahan penumis – sedikit kayu manis, cengkih, pelaga

Bahan Hiris –

Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

Cara Menyediakan:

1. Kisar bahan-bahan bertanda * hingga halus.

2. Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.

3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis, daun pandan dan serai hingga wangi.

4. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng tadi, jika ada air daging masukkan sekali. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.

5. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.

6. Masukkan pula beras dan gaul rata. Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.

7. Tabur 1/2 bahagian daun sup, daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.

8. Ketika menghidang, tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

Cara Buat Air Asam –

Bahan-Bahan dan cara Membuat:

4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa
1 sk gula (ikut citarasa manis sendiri)
secubit garam

+ Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan siap untuk dihidang bersama nasi daging.

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This