Resepi Nasi Bubur Ayam

0

Resepi Nasi Bubur Ayam

Bahan-Bahan:

Isi Ayam (direbus dan di siat-siat)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang dan daun sup
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit tomato dipotong – jika suka
Air Secukupnya

Cara Memasak:

1. Tumbuk halus halia, bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.

3. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.

4. Kemudian masukkan isi ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.

5. Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh gunakan air rebusan ayam tadi)

6. Hidangkan bubur dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun sup. Sangat sedap dimakan dengan telur masin atau ikan bilis goreng. Ikut selera anda.

nasi-bubur-ayam

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This