Resepi Nasi Ayam Singapura

0

Resepi Nasi Ayam Singapura

Bahan-Bahan:

Bahan Ayam –

1 ekor ayam | dipotong empat & dibersihkan
5 sudu makan gula merah | dikisar halus
3 liter air
1/2 inci halia
1 kiub pati ikan bilis
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
Madu dan minyak masak secukupnya

Bahan Nasi –

500 gm beras | dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
30 gm lemak ayam
15 gm halia | dihiris
Sedikit garam

Bahan Sos – Dikisar

10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
20 gm halia muda
15 gm cili padi
120 gm air limau nipis

Bahan Sup –

Air rebusan ayam
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun sup secukupnya

Cara Memasak:

1. Masukkan ayam kedalam periuk bersama gula merah, air, halia dan bawang putih. Rebus hingga separuh masak dan diangkat. Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.

2. Salutkan ayam bersama madu dan minyak masak secukupnya. Panaskan oven pada suhu 180’c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan.

3. Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.

4. Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.

5. Untuk sos, satukan kesemua bahan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak.

6. Bagi sup pula, ambil air rebusan ayam tadi dan campurkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng. Renehkan seketika.

7. Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam panggang, sos, sup dan daun salad.

nasi-ayam-singapura

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.