in ,

Resepi Nasi Ayam Penyet

Resepi Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan ( 6 orang ) :

Bahan Untuk Ayam:

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan juga memasak nasi).
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Bahan Untuk Sambal:

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yang disimpan tadi)

Cara Membuat :

Untuk Ayam Penyet:

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.

3. Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal:

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata.

7. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. (Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk).

8. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup:

1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam (boleh masukkan sup bunjut).

2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi:

1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.

3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

+ Hidangkan nasi dan ayam bersama tempe goreng serta sup dan kuah sambal.

nasi-ayam-penyet