Resepi Nasi Ayam Harum

0

Resepi Nasi Ayam Harum, Sayur Campuran, Ayam Panggang, cili cuka & sup ayam. Bon Appetit.

Bahan-Bahannya:

1 ekor Ayam Segar dipotong 2 atau 4

Bahan-bahan untuk sup & stok:

1 tangkai daun daun ketumbar
2 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia di titik
4 ulas bawang putih di titik
1 kuib knorr ikan bilis
1 batang lobak merah di potong serong
1 biji bawang besar di hiris
Garam secukup rasa
Air secukup untuk rebusan

Bahan untuk Nasinya:

500gm beras Basmathi direndam untuk 15 mins
1/2 inch halia di titik
3 ulas bawang putih di titik
1 batang serai yang di titik
Isi ayam yang di rebus, kaki dan leher nya
4 – 5 cawan air rebusan ayam

Bahan-bahan untuk sos cilinya:

3 biji limau nipis kasturi
5 sudu besar cili kisar
3 sudu teh cuka/jus limau
Garam & gula secukup rasa
Sos tiram 1 sudu teh
Bahan di atas di masak

Cara-cara untuk Sup – Bhg 1:

Bersihkan ayam, ikut citarasa – potong 2 atau 4. Panaskan air di periok yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam secukup rasa, halia dan bawang putih yang dititik ke dalam periok bersama 1 kuib Knorr (Ikan Billis). Masukan ayam ke dalam biarkan ia masak selama 15 atau 20 mins. Keluarkan ayam dan tepikan. Gunakan tapisan ambil kuah ayam rebusan, di bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan ke dalam nasinya. Untuk supnya tambahkan lobak merah, bawang goreng dan daun sup. Letak 2 biji rempah bunga lawang. Panaskan sup hingga ia mendidih, letakan air lagi jika ingin lebihkan sup.

Cara-cara untuk Nasi Ayam – Bhg 2:

Letakan 4 to 5 cawan kuah rebusan ayam kedalam periok. Letakan beras Basmathi yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih yang di titik & 1 batang serai yang di titik Garam secukup rasa.

Cara-cara untuk Ayam Panggang – Bhg 3:

Gosokkan serbuk kayu manis pada ayam, sedikit garam dan madu. Biarkan ia sebentar. Panaskan oven pada suhu 180C. Bila sudah panas. Letakan ayam ke dalam di atas jaring pembakar. Setkan oven pada ‘Grill setting’ atas sahaja. Turunkan suhu oven pada 160C. Panggang ayam untuk 15 mins atau bila kulit ayam menjadi keemasan. Keluarkan ayam biarkan ia rehat selama 10 mins sebelum dipotong.

Cara-cara untuk Sosnya – Bhg 4:

Panaskan periok kecil, letakan air dalam 1.5 cawan, letakan 5 sudu besar cili kisar segar, garam secukup rasa, cuka/jus limau dan gula secukup rasa. Bila sos mendidih tutupkan api, dan letakan jus limau nipis. Rasa lah sosnya ikut cita rasa. Anda boleh letakan cili api jika suka pedas lagi.

Sajikan juadah bersama salad timun, sos, yang dan juadah sayur campuran.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Chef Papajoh yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Joha Hassan II.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.