Resepi Nasi Ayam Claypot

0

Resepi Nasi Ayam Claypot

Bahan-Bahan:

300 gm beras – bersih dan tuskan
750 gm air rebusan ayam
500 gm daging paha ayam – dipotong kecil
20 gm cendawan shitake – direndam dan potong dua
2 cm isi ikan masin – dipotong nipis dan digoreng garing
20 gm halia muda – dihiris nipis

Bahan Perap –

20 ml kicap cair
20 ml sos tiram
10 ml kicap pekat
10 ml minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung jagung

Bahan Hiasan –

1 tangkai daun bawang – dihiris halus
1 tangkai cili merah – dihiris

Cara Menyediakan:

1. Gaulkan ayam dan cendawan dengan bahan-bahan perap dan ketepikan selama 30 minit.

2. Masukkan beras dan air rebusan ayam ke dalam mangkuk tanah, tutup mangkuk dan jerang di atas api sehingga mendidih. buka penutup mangkuk, kacau kemudian kecilkan api dan biarkan hingga air kering.

3. Masukkan ayam dan cendawan yang diperap tadi ke dalam mangkuk, tutup semula mangkuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak dan daging ayam empuk. Padamkan api.

4. Taburkan ikan kering ke atas nasi dan biarkan selama 10 minit lagi kemudian baru digemburkan nasi supaya tidak berketul.

5. Taburkan hirisan daun bawang dan cili merah kemudian hidang panas-panas.

nasi-ayam-claypot

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.