Resepi Nasi Ayam ala Chinese

0

Resepi Nasi Ayam ala Chinese

Resepi Nasi Ayam:

Bahan-Bahan –

5 pot Beras Basmathi Faiza Moghul. Basuh bersih dan Toskan.
7 bj bawang Merah Dikisar
3 Ulas bawang Putih Dikisar
1 inci Halia Dikisar
bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
1 sudu kecil garam
Daun pandan secukupnya
Minyak ghee. Untuk Menomes. Takde boleh ganti dengan mentega ke planta. Minyak biasa pun boleh. Tapi kalau Pakai Minyak ghee bau aroma nasi lagi aumm.

Cara Membuat –

1. Panaskan kuali, boh minyak ghee dan tomes bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan 4 sekawan, perlahankan api.

2. Masukkan beras yang dah ditos tadi. Goreng dalam 5-6 minit. Kemudian, angkat masukkan beras dalam Periuk nasi. Letak garam daun pandan dan 6 Cawan sup tadi. Masak nasi dah Siap.

Resepi Ayam Bakar :

Ayam 100+ ketul

Bahan A –

2 labu bawang besar *
8 bj Bawang merah kecil *
1 labu bawang putih *
1 inci halia *

Semua yang bertanda * dikisar halus dengan sedikit air

Daun pandan 5-6 helai di potong pendek-pendek

Bahan B –

1 1/2 cawan sos tiram
1/3 cawan kicap manis ENAQ
1/3 cawan kicap masin ENAQ
4 sudu Makan Lada sulah
Minyak bijan secukupnya lagi banyak lagi sedap
2 sudu kecil garam

Cara Membuat –

1. Gaul bahan A dn B dengan Ayam, daun pandan, dan perap selama sejam. Kemudian, Bakar selama satu jam suhu 220C. Saya bakar guna oven, kalau nak lagi sedap bakar atas arang.

2. Kalau nak goreng pun boleh. Mula-mula bersihkan ayam, toskan air. Kemudian, rebus ayam sampai masak dalam 5 minit, angkat ayam dan toskan airnya. Lepastu gaul dengan bahan bahan diatas. Perapkan sekejap dan boleh digoreng. InsyaAllah Sedaapppp, Alhamdulillah.

Resepi Sup Nasi Ayam:

Bahan-Bahan –

2 ketul Ayam potong kecil kecil
4 ulas bawang putih, ketuk je
5 bj bawang Merah dihiris
1 inci Halia dihiris
1 sup bunjut
4 sekawan
2 sudu kecil garam
7 Cawan Air
1 Batang Lobak Merah. Potong ikut suka. Tak nak letak pun takpe.
1 labu bawang besar. Potong belah empat. Daun sup daun bawang secukupnya.

Cara Membuat:

1. Goreng bahan hiris hingga kuning keemasan, masukkan 4 sekawan dan tomes kejap. Masukkan ayam, lobak merah, bawang besar, sup bunjut, dan air.

2. Didihkan dan letak garam. Tabur daun sup daun bawang, siap dihidangkan.

Resepi Sambal Nasi Ayam:

Bahan-Bahan –

10 Tangkai Cili hidup. Basuh bersih dan Dibuang biji
2 labu bawang putih kupas kulit, basuh bersih. Kisar cili dan bawang putih dengan sedikit air.
Kalau suka pedas boleh tambah cili padi.
1/2 Cawan Sos Cili
2 sudu Makan cuka apple
1 sudu kecil garam

Cara Membuat –

1. Rebus bahan kisar tadi hingga mendidih, tambah sedikit sup ayam. Kemudian, masukkan cuka dan Sos cili, garam dan biarkan mendidih sekali lagi. Boleh tutup api.

Sambal Kicap Nasi Ayam:

Bahan-Bahan –

4 biji Cili merah
3 Ulas bawang Putih
Segenggam cili Padi – semua bahan digoreng hingga layu. Angkat toskan minyak.

Cara Membuat –

1. Kisar bahan goreng atau tumbuk lagi sedap. Dah kisar letak dalam bekas, perah 2-3 biji limau kasturi.

2. Masukkan kicap masin ENAQ, kicap manis ENAQ secukupnya. Kacau sebati dah Siap dihidangkan. Sambal ini juga boleh dimakan dengan Soto, letak extra cili lagi.

Bahan Sampingan:

Bawang goreng
2 biji tomato hiris bulat ke ikut kesukaan masing masing.
Timun 1 Batang potong ikut kesukaan masing masing.
Salad basuh bersih potong kecil Letak dalam bekas sedia dihidangkan.
Daun sup daun bawang secukupnya kalau suka tabur masa makan.

Resepi Oleh: Parmiati Binti Suyudi

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.