Resepi Murtabak Megi

0

Resepi Murtabak Megi

Bahan-Bahan:

4 peket maggi – direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang

+ Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

Cara Membuat:

1. Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil. Kupas semua bawang dan diracik halus, kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil. Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga.

2. Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu.

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam, chicken ball, carrot, daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak. Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .

4. Masukkan semua mee maggi, tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni. Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain.

5. Kemudian, kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata. Masukkan tepung jagung. Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .

6. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak. Angkat dan tos serta boleh dihidangkan.

Resepi Oleh: FB Cheese Powder Dan Tepung Magik

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.