Resepi Murtabak Daging Mini

0

Resepi Murtabak Daging Mini

Bahan-Bahan:

2 cawan daging cincang (ayam/daging)
1 cawan kentang – dipotong dadu
2 biji bawang kuning(holland) – dipotong dadu
1 biji bawang – dihiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 paket kecil serbuk kari daging Babas
Beberapa keping kulit popia (saiz besar)
3 biji telur
2-3 sudu besar tomato sos
1 biji lada merah – dicincang halus
1 biji lada hijau – dicincang halus
1 1/2 cawan air
2 sudu kecil perasa maggie ‘cukup rasa’
Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

1. Tumiskan bawang holland hingga layu, setelah itu masukkan daging, kentang dan lada. Tumis bahan hingga garing.

2. Setelah garing masukkan Serbuk kari, perasa maggie, garam secukupnya dan serbuk lada hitam.

3. Biarkan sehingga pekat dan daging masak. Angkat dan biarkan sejuk sebelum membungkus.

4. Ambil 1 biji telur dan ambil putihnya sahaja untuk dijadikan gam.

5. Ambil 2 biji telur dan telur kuning yang dari lebihan tadi dan dipukul, setelah itu campurkan kedalam bekas yg mengandungi kari ayam tadi.

6. Ambil kulit popia, letakkan inti keatasnya dan dilipat persegi.

7. Bakar diatas kuali ‘non stick’ dengan menggunakan sedikit minyak, bakar lah sehingga kedua dua belah masak dan garing.

murtabak-daging-mini

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This