Resepi Mee Wantan Mudah

0

Resepi Mee Wantan Mudah

Bahan-Bahan:

1 peket mee wantan (celur sebentar dan tos)
4 ketul ayam
seikat sawi (potong dan celur)
2 hiris halia

Bahan wantan –

200gm isi ayam yg dah halus*
2 ulas bawang merah*
2 batang daun bawang*
2 hiris karot*
1 tsp lada sulah
sehiris lemon
secubit garam
1 tsp minyak bijan
1 tsp tepung jagung
Kulit wantan secukupnya

Bahan Kicap –

4 tbsp kicap pekat
2 tbsp kicap cair
2 tbsp sos tiram
3 tbsp minyak bijan
2 ulas bawang putih
1 cawan stok ayam

Bahan Perapan Ayam –

2 Tbsp sos tiram
3 tbsp kicap pekat
2 tbsp madu
sedikit lada sulah

Cara Membuat:

1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak. Angkat dan toskan. Menggunakan air rebusan ayam tadi, masukkan daun bawang, garam dan lada sulah.

2. Perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Goreng sebentar saja jika inginkan ayam yang moist.

3. Untuk kicap mee, tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan 1 cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mee yang lain kecuali minyak bijan. Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.

4. Bila nak menghidang, tuang sedikit kicap mee pada mee wantan yang telah di celur tadi dan gaul ratakan.

5. Cincang halus bahan-bahan bertanda* untuk membuat wantan. Satukan kesemua bahan membuat inti wantan. Gaul rata-rata. Untuk membentuk boleh di buat seperti dalam gambar untuk bentuk yang paling mudah.

6. Apabila telah selesai bolehlah wantan di rebus di dalam sup yang kita sediakan tadi. Air ayam yang keluar akan menambah kesedapan sup.

7. Hidang mee wantan bersama ayam yang telah di potong/siat, sawi, wantan yang telah di rebus sup dan semestinya cili jeruk atau cili padi berkicap. Boleh juga wantan di masukkan ke dalam sup.

Resepi Oleh: Julia Kartika – MAHN

Lagi Resepi Menarik:

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.