Resepi Mee Sup Mudah

0

Resepi Mee Sup Mudah

Bahan-Bahan:

200gm daging lembut
10-15 ekor udang sederhana besar
1 kiub ayam maggi
6 biji bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia, diketuk
1/2 sudu teh lada sulah
4 biji bawang kecil-dihiris halus
4 biji telur
1 camca teh serbuk lada hitam
sedikit kicap
1-2 sudu makan sos tiram
10 biji fish ball
2 keping fish cake-dihiris tipis
1 sudu makan tepung jagung di campur dengan sedikit air
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Sayuran –

1 batang lobak merah-di bersihkan dan di potong memanjang
10 kuntum cendawan tiram
2 tangkai daun sawi
sedikit bunga kobis

Bahan Sampingan –

Mee yang telah dicelur
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng/bawang goreng segera
cili merah yang di hiris tipis dan di bubuh kicap – Tambah cili api kalau nak pedas.

Cara Membuat:

1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Kopek udang dan cuci bersih lalu di tos.

2. Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.

3. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris dan dilumur dengan sedikit garam sehingga garing. Toskan.

4. Dengan menggunakan minyak yang sama…tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana.

5. Masukkan daging yang telah di hiris sehingga daging berubah warna. Masukkan air secukupnya.

6. Biar mendidih perlahan hingga daging lembut. Masukkan kiub ayam maggi.

7. Bila daging telah lembut, masukkan pula garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.

8. Masukkan udang, fish ball, fish cake, lobak merah, kobis bunga dan cendawan.

9. Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi. Biar telur masak dengan api kecil sehingga masak.

10. Rasa dulu garam baru di tuangkan campuran tepung jagung dan baru padamkan api.

11. Ambil mee yang telah dicelur, tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng.

12. Bubuh cili merah yang di hiris tadi. Boleh di hidang panas-panas.

mee-sup

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This