Resepi Mee Rebus Johor

0

Resepi Mee Rebus Johor

Bahan-Bahan:

2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering –

1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
ΒΌ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan –

tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara Membuat:

Tepung Udang Kering –

1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.

2. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara Buat Kuah –

1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.

2. Kemudian, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari kacau rata.

3. Kemudian, masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. Selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar, jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.

4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Siap kuah mee rebus.

Cara Menghidang –

1. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Resepi Oleh: Puteri AyuRah dari FB Group MAHN

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.