Resepi Mee Rebus Daging MekZa

0

Resepi Mee Rebus Daging MekZa

Bahan-Bahan:

1 peket mee kuning
1kg daging
Air rebusan daging
Cili kisar
Tomato puree
1sdb serbuk kari daging
1sdk serbuk kunyit
Sedikit belacan
Kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk jintan halus, manis, lada putih
(campur bahan ni jadikan satu sudu makan besar)

Bahan Tambahan:

Limau kasturi
Telur rebus
Cili merah/cili hijau
Daun sup
Bawang goreng
Taugeh
Tauhu goreng

Bahan Kisar Halus:

4biji bawang merah
5ulas bawang putih
Sedikit halia
Keledek merah dan kentang
Belacan
Udang kering (optional, mekza tak letak sebab suami mekza alah dengan udang kering ni)

Cara Memasak:

1. Rebus daging sampai empuk, kemudian daging dipotong kecil dan ketepikan air rebusan daging tadi. Masukkan semua bahan kisar, serbuk rempah dan cili kisar ke dalam periuk dan tuang dalam 500ml air, masukkan air rebusan daging serta kacau kuah.

2. Kacau semua bahan sehingga sebati, baru masukkan daging yang telah dipotong, biarkan kuah hingga mendidih, masukkan garam, gula, pati ikan bilis. Masak sehingga ianya secukup rasa.

Hidangkan kuah bersama mee kuning dan bahan tambahan.

Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.