Resepi Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buluh

0

Resepi Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buluh

Bahan-Bahan:

300gm udang sederhana besar
200gm santan
20 bji cili padi – Kalau tak suka pedas, boleh kurangkan
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
belimbing buluh – ikut selera anda, kalau hendak masam boleh lebihkan
daun kunyit
air
garam
gula – optional

Cara Memasak:

1. Blend cili padi, bawang besar,kunyit dan air sehingga halus.

2. Masukkan bahan blend dalam kuali/periuk tunggu hingga kering air sedikit.

3. Masukkan separuh santan, biarkan sekali mendidih tapi kena selalu kacau agar tidak pecah minyak.

4. Bila sudah mendidih masuk kan belimbing, udang, daun kunyit dan separuh lagi santan, perasakan dengan garam dan gula.

5. Pastikan sentiasa dikacau, biarkan sehingga belimbing agak layu dan udang masak.

6. Sedia untuk dihidangkan.

masak-lemak-udang-belimbing-buluh

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Leave A Reply