in ,

Resepi Martabak Goreng

Resepi Martabak Goreng

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum*
2 sdb minyak masak*
1/4 cawan air biasa
1/2 sdt garam*
Udang kering#
Bawang merah#
Daun sup (dihiris halus)

-Tumbuk hancur bahan yang bertanda #

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua bahan bertanda * dan bahan bertanda # yang telah ditumbuk dan daun sup. Gaul rata hingga berderai-derai.

2. Masukkan air dan uli selama 3-5 minit. Saya uli dengan tangan je.

3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan kemudian ratakan dengan penggolek.

4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup. Panaskan minyak masak dengan api sederhana.

6. Bila minyak dah panas, boleh la start menggoreng. Time goreng tu, boleh siram minyak atas gorengan kuih tu supaya kembung cantik.

7. Bila dah garing, angkat dan toskan. Enak dimakan bersama kari ayam.

Resepi Oleh: Renee Renee dari FB Group MAHN